Industry Channel Nauru
SEE OTHER BRANDS

News on industries and services in Nauru

Berhubung dengan rakan dan keluarga di LEGO(R) Party! Tersedia Hari Ini!

LEGO® Party! dilancarkan dengan 60 permainan mini yang mendebarkan, pilihan pengubahsuaian tanpa had, Zon Cabaran bertema dan banyak lagi!

LOS ANGELES, Oct. 01, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- SMG Studio, The LEGO Group dan Fictions telah bekerjasama untuk melancarkan LEGO® Party!, permainan parti berbilang pemain yang penuh keseronokan di Steam untuk PC, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation®5 (PS5™), PlayStation®4 (PS4™) dan Nintendo Switch™. Edisi Runcit kini turut tersedia di https://legoparty.iam8bit.com dan peruncit terpilih untuk Nintendo Switch, PlayStation 5 dan Xbox Series X|S, seiring dengan keluaran digital. Selain itu, mereka yang telah membuat pra-pesanan Edisi Runcit akan menerima kod muat turun untuk lima figura mini LEGO yang unik.

Para peminat kini boleh menikmati pelbagai ciri menarik, termasuk lebih daripada berjuta-juta (*bukan nombor sebenar) kombinasi penyesuaian figur mini LEGO, Zon Cabaran bertema LEGO yang menakjubkan, 60 permainan mini penuh aksi dan banyak lagi. Semuanya dalam misi untuk mengumpul sebanyak mungkin LEGO Golden Bricks dan muncul sebagai juara LEGO Party! yang terunggul.

Tunjukkan semangat persaingan anda dan sertai kekecohan permainan mini yang penuh aksi—daripada makhluk asing gergasi angkasa lepas, unicorn pelangi dengan kuasa ajaib, hinggalah ayam belanda rotisserie dipanggang lava, serta pelbagai kejutan lain yang menanti! Saksikan semuanya dalam treler pelancaran terkini LEGO Party! di sini: https://youtu.be/d6jc4BhM-kU

LEGO Party! ialah permainan parti sehingga empat pemain yang benar-benar tampil berbeza! Bersaing dengan rakan-rakan anda dalam Zon Cabaran yang penuh kegilaan serta 60 permainan mini yang mencuit hati, menampilkan elemen daripada set LEGO kegemaran anda seperti LEGO Pirates, LEGO Space, LEGO NINJAGO® dan banyak lagi. Sertai rakan-rakan anda secara dalam talian atau berkumpul bersama di sofa untuk menikmati LEGO Party! permainan bersama. Dengan pelbagai mod permainan dan puluhan figura mini untuk dinyahkunci, anda bakal memiliki semua blok yang diperlukan untuk membina parti paling hebat! Cabarlah pemain dari dekat mahupun jauh, sesuaikan watak anda dan bersaing dalam pelbagai permainan mini yang hebat untuk mengumpul sebanyak mungkin Golden Bricks—dengan apa jua cara sekalipun! Namun awas—raksasa, perangkap licik dan ayam belanda panggang yang terbang sedia menanti untuk menguji anda dalam perjalanan menuju gelaran bintang LEGO Party! yang seterusnya.

Untuk semua kemas kini terkini mengenai permainan ini, ikuti LEGO Party! di: http://www.legoparty.com
Treler Pelancaran tersedia di sini: Pautan
Muat turun bahan di sini: Pautan

Perihal Fictions
Pada awal tahun 2025, seramai 27 individu bergabung tenaga untuk memulakan Fictions. Kami terdiri daripada pembangun permainan dan pakar kraf yang bersatu untuk menyokong serta memperjuangkan dunia permainan, termasuk minda kreatif di sebaliknya. Kami mengutamakan kualiti, keunikan dan pengalaman yang benar-benar berbaloi dengan masa lapang anda yang terhad. LEGO Party! dan Beast of Reincarnation ialah dua judul pertama dalam barisan permainan kami yang semakin berkembang, dengan lebih banyak projek akan diumumkan tidak lama lagi.

Untuk semua kemas kini terkini mengenai Fictions, sila layari https://fictions.com atau ikuti kami di TikTok, Instagram, YouTube, X dan Discord.

Perihal SMG Studio
SMG Studio, sebuah syarikat di bawah dentsu, telah menghasilkan permainan dengan fokus kepada elemen kelucuan dan mekanik unik untuk semua skrin sejak tahun 2013. Menggunakan sistem dalaman kami yang dikenali sebagai D.A.F.U.Z., permainan SMG direka agar Dinamik (Dynamic), Ketagihan (Addictive), Menyeronokkan (Fun), Unik (Unique) dan Gila-Gila (Zany). Antara judul terkenal termasuk Moving Out 1 & 2, Death Squared, SP!NG, RISK: Global Domination, Thumb Drift dan One More Line. SMG beribu pejabat di Sydney, Australia dengan pejabat tambahan di Melbourne, Brisbane dan Los Angeles, California.

LEGO Party! merupakan impian yang menjadi kenyataan buat pasukan kami, direalisasikan dengan sokongan daripada VicScreen, Screen NSW dan Screen Queensland.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.smgstudio.com

Perihal The LEGO Group
Misi The LEGO Group adalah untuk memberi inspirasi dan membangunkan para pembina masa depan melalui kuasa permainan.

LEGO System in Play, yang berasaskan blok LEGO, bukan sahaja membolehkan kanak-kanak dan peminat membina, malah memberi mereka peluang untuk membina semula apa sahaja yang mampu mereka bayangkan. The LEGO Group diasaskan di Billund, Denmark pada tahun 1932 oleh Ole Kirk Kristiansen. Nama LEGO berasal daripada dua perkataan dalam bahasa Denmark, LEg GOdt, yang bermaksud “Bermain dengan Baik”. 

Hari ini, The LEGO Group kekal sebagai syarikat milik keluarga yang beribu pejabat di Billund. Namun, produknya kini dijual di lebih daripada 120 negara di seluruh dunia.

Untuk berita terkini daripada The LEGO Group, maklumat prestasi kewangan dan komitmen tanggungjawab sosial kami, sila layari www.LEGO.com/.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/28d6e735-1672-408c-ab86-7317db9a4be4

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/180409b2-1136-4498-a22b-c7092c5f8bec

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fff61c0a-16aa-410e-923e-3ff08aa39669

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b214dfac-45cd-41c6-b178-e99d398e235c

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f9af7f92-52f3-44a2-b1db-2bf4543aadc1


Hubungan Akhbar:
Karolina Kecki
fortyseven communications untuk Fictions
legoparty@fortyseven.com

Primary Logo

LEGO Party! Key art (portrait)

LEGO Party! Key art (portrait)
LEGO Party! Key art (landscape)

LEGO Party! Key art (landscape)
LEGO Party! Screenshot (1)

LEGO Party! screenshot
LEGO Party! Screenshot (2)

LEGO Party! screenshot
LEGO Party! Screenshot (3)

LEGO Party! Screenshot

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions